Teddy Bear photo

Teddy Bear photo
comel tak saya?? ^_^

Sunday, 8 April 2018

PERSATUAN.

Assalamualaikum w.b.t

jadi kat sini lah tempat aku meluahkan segala apa yg bermain dalam benak fikiran aku. first of all tergerak nk start balik menulis blog ni sbb nk jadikan pengalaman aku in degree life suatu pengalaman yang takkan aku lupakan dan pengalaman yang akan membina semangat untuk aku terus maju kehadapan.

so awal bismillah kita ringkaskan, aku masuk course yang bukan dalam minat aku. and here bermulalah adegan drama2 meleleh di setiap hari ku dari sejak awal permulaan sem sehinggalah kini..jadi, apa usaha yang aku cuba buat untuk aku minat belajar course ni? aku ikat diri aku dgn aktiviti persatuan fakulti. supaya minda aku yang tempurung ni bole terbukak sikit. haishh la syuhada..

tapi...sebenarnya yang bnyk merubah aku dan membuka sedikit minda aku adalah aktiviti persatuan silat yang aku join ni...hurm aku ni tk bnyk lgi ilmu...tpi sejak berada dlm persatuan ni aku jdi bnyk terfikir dan muhasabah diri...salah satu yang terkesan dlm hati aku adalah tentang NIAT...

NIAT. nampak mcm simple je kan? mcm kecik je kan? tapi..from this small things lah yang akan mempengaruhi kita dan mendorong diri kite ni samada ke arah baik atau jahat. dan niat ni pulak ade kaitan dengan HATI. haaaa...aku nk fahamkan dua benda ni amik masa bertahun nak bgi terkesan kat hati. setakat ni lah apa yang aku faham, kite nk buat pape lah dalam hidup kite ni HATI kena bersih. bila hati bersih semua kerja jdi mudah..sebab Allah nk bgi petunjuk tu kena hatinya bersih baru mudah cahaya petunjuk tu nk masuk. niat ni pulak senang sangat berubah2 so kat sini sangatlah penting utk jaga niat tu...dalam term lainnya TAJDID NIAT. yup sentiasa tajdid niat kita.

okay so apa kaitannya aku nk cerita pasal NIAT dan HATI ni kn? sebenarnya aku sbelum masuk degree occupational therapy ni aku nekad sangat dan terlalu yakin utk sambung psychology dan sangat bercita2 utk jadi kaunselor. itulah bila hati ni tk redha dengan perancangan Allah...jadikan semua bende serba tk kena...hati ade rasa tk puas. mempertikaikan kenapa Allah letak aku kat puncak alam ni..kenapa Allah letak aku kt course yang tk pernah pon aku nk amik tahu...itulah ujiannya...ujian hati...

aku percaya sekarang ni di setiap perancangan Allah ni pasti ade sesuatu yang Allah nak bagi kat aku...jadi kali ni aku tekad untuk tidak akan sesekali mengalah...sesusah mana pun nanti ujiannya...kebergantungan aku hanya satu...iaitu Allah...hanya Allah...moga Allah kurniakan aku kekuatan untuk tempuh pahit manis kehidupan ni. hidup di bumi realiti...

so...bismillah...aku nak mulakan langkah pertama aku dengan niat segala apa yang aku buat ni...hanya nak dapat redha Allah...


'the limit need to be test'


No comments:

Post a Comment