SUARA YANG TIDAK TERLUAH
Bismillahhirahmanirahim...dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
hari ni aku nak kongsikan luahan rasa hati yang lama sangat disimpan dan dipendam.
aku hanya inginkan seseorang yang bole mendengar cerita-cerita pengalaman baru ku yang masih sangat asing dalam hidupku... mahu ku luahkan pada ibu...si ibu akan kembali memprotes akan cerita-cerita ku...mengkritik...dan kadang tuh tiada minat untuk mendengar pon...di paling muka..kadang tu dibiarkan aku bercerita sorang2...jika diluah pada ayah..si ayah akan jadi terlalu risau sehingga membesar-besarkan perkara ini sehingga ketelinga ibuku...dan kitaran ini berulang ulang sehinga aku tak tertanggung sendiri...akhirnya ku pilih untuk berpura-pura tabah..berpura-pura kuat...sedangkan hati ni meraung raung setiap hari...Allah...aku sedar yang Maha mendengar itu hanya Engkau Ya Allah...aku sedar...
hari demi hari suara yang tak terluah ini dibiarkan..dan disenyapkan sekian lama...tak de siapa pon kisah..tiada siapa pon yang mahu memahaminya...aku bukanlah mengharapkan perhatian seluruh manusia atas muka bumi ini...hanya inginkan seseorang untuk berkongsi rasa dan perasaan yang baru hadir dalam hidup ini. aku memang belum jumpa minat aku dalam kursus pemulihan cara kerja ini...tapi, aku ingin mencabar diriku sendiri untuk tidak mengalah..cuba selagi mampu..tapi kadang tu yalah manusia yang lemah ini kadang itu rapuh juga dek cemuhan, kritikan, kutukan manusia disekeliling ini...kadang tu rapuh saat merasa diri ini tak punya sesiapa untuk meluahkan rasa gembira, sedih, riang, duka..
kepada diriku SITI NURSYUHADA BT ZULKEFLE... aku tahu kau sentiasa ingin bangkit dan tidak ingin mengalah walau seberat mana pun ujian yang menimpa...jadi bertabahlah wahai diri...aku peringatkan kepadamu...kamu tidak berseorangan...kamu ada aku...kau punya Allah...dia Maha Mendengar...usah risau wahai diri...walau kau dihenyak dengan dugaan dugaan yang kau pikir kau tidak mampu bertahan dengannya...sedarlah bahawa ada lagi ujian lagi hebat yang menimpa saudaramu yang tidak kamu ketahui...
makanya, senyum ya sayang.... :)
No comments:
Post a Comment