Teddy Bear photo

Teddy Bear photo
comel tak saya?? ^_^

Sunday, 21 October 2018

MENCARI SINAR ILAHI.


semakin hari semakin lama aku mulai faham apa itu erti bersyukur..apa erti bersabar dengan ujian yang Allah berikan khas buat ku. UJIAN. bukan yg mcm kau fikirkan sbelum ni...dia akan jadi lebih susah buat diri kau untuk...untuk apa?? untuk tingkatkan darjat kau lagi...haha...dulu aku fikir aku kuat dan bole je pergi mana2 tanpa apa2 masalah....now, i face it. and i feel it the pain. so that is the true meaning of UJIAN. but instead of you think is like a burden and hardship....actually you can change it to the positive side as challenges and one of enjoyable moments of pain that you will never ever have the opportunity to taste it. yeah. make it alll positive as much as you can....

to my dearself. i know you faced the blood,sweat and tears right now...but remember...you have Allah the most Merciful that always hear to your voice...cry to ALLAH....please to ALLAH....the only one you need the most is ALLAH. here..now...He waiting for your prayers. where are you mydear..

it is the time your turning point...mencari sinar ilahi...


love,

-innerside of syuhada- 

Tuesday, 29 May 2018

DEPRESSION

yes, aku skrg mengalami satu situasi yang diluar kawalan otak aku. aku mcm tk bole nk handle masalah yang dtg dalam hidup aku skrg ni. tiada semangat dan tiada motivasi untuk terus berjuang...orang yang lihat keadaan aku skrg ni akan selalu cakap aku tak punya arah tuju hidup...berjalan tanpa matlamat...ya ya ya semua tu betul....tapi jauh dalam sudut hati ni, aku nak sangat keluar dari perasaan ni...aku ingin stable kan emosi aku dulu....kadang tu aku akan sedih sangat  tak tentu pasal...penat dan tiada semangat hidup. lagi parah aku bagaikan mayat hidup sahaja.... ya Allah...ujian yang kau turunkan pada aku skrg ni...aku tahu ada kebaikannya utk diriku...tapi kadang tuh aku berasa sangat lemah hingga ingin rebah dan tak mampu untuk bangkit semula...kau pinjamkanlah aku kekuatanMu ya Allah...sungguh aku tak punya apa-apa melainkan Mu wahai Tuhan sekalian alam...hati ini kontang jiwa ini sepi...rohani ini kosong tidak terisi dengan zikir Mu, selawat ke atas nabi...aku rebah dan terus tak mampu bangkit kerana tiada kekuatan itu...hanya mengharapkan keajaiban Mu ya Rabb...

Depression ialah sejenis mental illness dimana di dalam diri individu itu terasa ada ruang kosong yang tidak terisi...kesakitannya hanya pesakit yang mengalaminya sahaja faham akan keadaan ini...perlu dirawat dan di ambil berat jika terjumpa pesakit ini...jangan menganggap perkara ini remeh...perlu diambil berat tentangnya...kalau dibiarkan mungkin keadaan pada dirinya akan jadi semakin teruk...kerana bukan hal yang ringan..sakitnya tidak mampu dilihat oleh mata kasar...ianya perlu dikaji dan diteliti dengan baik oleh pakar.. jadi berwaspada dan bantulah mereka yang mengalami simptom2 penyakit ini... :)

Sunday, 20 May 2018

SUARA YANG TIDAK TERLUAH

Bismillahhirahmanirahim...dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

hari ni aku nak kongsikan luahan rasa hati yang lama sangat disimpan dan dipendam.
aku hanya inginkan seseorang yang bole mendengar cerita-cerita pengalaman baru ku yang masih sangat asing dalam hidupku... mahu ku luahkan pada ibu...si ibu akan kembali memprotes akan cerita-cerita ku...mengkritik...dan kadang tuh tiada minat untuk mendengar pon...di paling muka..kadang tu dibiarkan aku bercerita sorang2...jika diluah pada ayah..si ayah akan jadi terlalu risau sehingga membesar-besarkan perkara ini sehingga ketelinga ibuku...dan kitaran ini berulang ulang sehinga aku tak tertanggung sendiri...akhirnya ku pilih untuk berpura-pura tabah..berpura-pura kuat...sedangkan hati ni meraung raung setiap hari...Allah...aku sedar yang Maha mendengar itu hanya Engkau Ya Allah...aku sedar...

hari demi hari suara yang tak terluah ini dibiarkan..dan disenyapkan sekian lama...tak de siapa pon kisah..tiada siapa pon yang mahu memahaminya...aku bukanlah mengharapkan perhatian seluruh manusia atas muka bumi ini...hanya inginkan seseorang untuk berkongsi rasa dan perasaan yang baru hadir dalam hidup ini. aku memang belum jumpa minat aku dalam kursus pemulihan cara kerja ini...tapi, aku ingin mencabar diriku sendiri untuk tidak mengalah..cuba selagi mampu..tapi kadang tu yalah manusia yang lemah ini kadang itu rapuh juga dek cemuhan, kritikan, kutukan manusia disekeliling ini...kadang tu rapuh saat merasa diri ini tak punya sesiapa untuk meluahkan rasa gembira, sedih, riang, duka..

kepada diriku SITI NURSYUHADA BT ZULKEFLE... aku tahu kau sentiasa ingin bangkit dan tidak ingin mengalah walau seberat mana pun ujian yang menimpa...jadi bertabahlah wahai diri...aku peringatkan kepadamu...kamu tidak berseorangan...kamu ada aku...kau punya Allah...dia Maha Mendengar...usah risau wahai diri...walau kau dihenyak dengan dugaan dugaan yang kau pikir kau tidak mampu bertahan dengannya...sedarlah bahawa ada lagi ujian lagi hebat yang menimpa saudaramu yang tidak kamu ketahui...

makanya, senyum ya sayang.... :)


Sunday, 8 April 2018

PERSATUAN.

Assalamualaikum w.b.t

jadi kat sini lah tempat aku meluahkan segala apa yg bermain dalam benak fikiran aku. first of all tergerak nk start balik menulis blog ni sbb nk jadikan pengalaman aku in degree life suatu pengalaman yang takkan aku lupakan dan pengalaman yang akan membina semangat untuk aku terus maju kehadapan.

so awal bismillah kita ringkaskan, aku masuk course yang bukan dalam minat aku. and here bermulalah adegan drama2 meleleh di setiap hari ku dari sejak awal permulaan sem sehinggalah kini..jadi, apa usaha yang aku cuba buat untuk aku minat belajar course ni? aku ikat diri aku dgn aktiviti persatuan fakulti. supaya minda aku yang tempurung ni bole terbukak sikit. haishh la syuhada..

tapi...sebenarnya yang bnyk merubah aku dan membuka sedikit minda aku adalah aktiviti persatuan silat yang aku join ni...hurm aku ni tk bnyk lgi ilmu...tpi sejak berada dlm persatuan ni aku jdi bnyk terfikir dan muhasabah diri...salah satu yang terkesan dlm hati aku adalah tentang NIAT...

NIAT. nampak mcm simple je kan? mcm kecik je kan? tapi..from this small things lah yang akan mempengaruhi kita dan mendorong diri kite ni samada ke arah baik atau jahat. dan niat ni pulak ade kaitan dengan HATI. haaaa...aku nk fahamkan dua benda ni amik masa bertahun nak bgi terkesan kat hati. setakat ni lah apa yang aku faham, kite nk buat pape lah dalam hidup kite ni HATI kena bersih. bila hati bersih semua kerja jdi mudah..sebab Allah nk bgi petunjuk tu kena hatinya bersih baru mudah cahaya petunjuk tu nk masuk. niat ni pulak senang sangat berubah2 so kat sini sangatlah penting utk jaga niat tu...dalam term lainnya TAJDID NIAT. yup sentiasa tajdid niat kita.

okay so apa kaitannya aku nk cerita pasal NIAT dan HATI ni kn? sebenarnya aku sbelum masuk degree occupational therapy ni aku nekad sangat dan terlalu yakin utk sambung psychology dan sangat bercita2 utk jadi kaunselor. itulah bila hati ni tk redha dengan perancangan Allah...jadikan semua bende serba tk kena...hati ade rasa tk puas. mempertikaikan kenapa Allah letak aku kat puncak alam ni..kenapa Allah letak aku kt course yang tk pernah pon aku nk amik tahu...itulah ujiannya...ujian hati...

aku percaya sekarang ni di setiap perancangan Allah ni pasti ade sesuatu yang Allah nak bagi kat aku...jadi kali ni aku tekad untuk tidak akan sesekali mengalah...sesusah mana pun nanti ujiannya...kebergantungan aku hanya satu...iaitu Allah...hanya Allah...moga Allah kurniakan aku kekuatan untuk tempuh pahit manis kehidupan ni. hidup di bumi realiti...

so...bismillah...aku nak mulakan langkah pertama aku dengan niat segala apa yang aku buat ni...hanya nak dapat redha Allah...


'the limit need to be test'