DEPRESSION
yes, aku skrg mengalami satu situasi yang diluar kawalan otak aku. aku mcm tk bole nk handle masalah yang dtg dalam hidup aku skrg ni. tiada semangat dan tiada motivasi untuk terus berjuang...orang yang lihat keadaan aku skrg ni akan selalu cakap aku tak punya arah tuju hidup...berjalan tanpa matlamat...ya ya ya semua tu betul....tapi jauh dalam sudut hati ni, aku nak sangat keluar dari perasaan ni...aku ingin stable kan emosi aku dulu....kadang tu aku akan sedih sangat tak tentu pasal...penat dan tiada semangat hidup. lagi parah aku bagaikan mayat hidup sahaja.... ya Allah...ujian yang kau turunkan pada aku skrg ni...aku tahu ada kebaikannya utk diriku...tapi kadang tuh aku berasa sangat lemah hingga ingin rebah dan tak mampu untuk bangkit semula...kau pinjamkanlah aku kekuatanMu ya Allah...sungguh aku tak punya apa-apa melainkan Mu wahai Tuhan sekalian alam...hati ini kontang jiwa ini sepi...rohani ini kosong tidak terisi dengan zikir Mu, selawat ke atas nabi...aku rebah dan terus tak mampu bangkit kerana tiada kekuatan itu...hanya mengharapkan keajaiban Mu ya Rabb...
Depression ialah sejenis mental illness dimana di dalam diri individu itu terasa ada ruang kosong yang tidak terisi...kesakitannya hanya pesakit yang mengalaminya sahaja faham akan keadaan ini...perlu dirawat dan di ambil berat jika terjumpa pesakit ini...jangan menganggap perkara ini remeh...perlu diambil berat tentangnya...kalau dibiarkan mungkin keadaan pada dirinya akan jadi semakin teruk...kerana bukan hal yang ringan..sakitnya tidak mampu dilihat oleh mata kasar...ianya perlu dikaji dan diteliti dengan baik oleh pakar.. jadi berwaspada dan bantulah mereka yang mengalami simptom2 penyakit ini... :)
No comments:
Post a Comment